APDM KPM 2025: Login & Semakan Kehadiran Murid Secara Online (Untuk Ibu Bapa & Guru)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memudahkan guru dan pentadbir sekolah merekod serta mengurus maklumat pelajar termasuk kehadiran harian.
Pada tahun 2025, ibu bapa juga perlu mengemaskini beberapa maklumat penting di portal ini seperti profil murid, alamat, maklumat kesihatan, dan maklumat penjaga.
Fungsi Utama APDM KPM
APDM adalah sistem berpusat yang membantu:
Merekod kehadiran pelajar secara harian
Mengemas kini maklumat pelajar seperti nama, alamat, dan butiran penjaga
Menyediakan laporan kehadiran bulanan
Memudahkan pemantauan oleh sekolah, PPD dan JPN
Membolehkan ibu bapa menyemak maklumat anak melalui sekolah
Siapa Yang Guna Sistem Ini?
Sistem ini digunakan oleh:
Guru kelas
Guru disiplin / pentadbiran
Pihak pentadbir sekolah
Ibu bapa (melalui semakan maklumat melalui guru)
Cara Login APDM KPM (Untuk Guru & Pentadbir)
Berikut adalah langkah mudah untuk log masuk ke portal APDM:
Buka laman web rasmi: https://apdm.moe.gov.my
Masukkan ID Pengguna (Kod sekolah dalam huruf besar, contoh: ABC1234)
Masukkan Kata Laluan (diberikan oleh pentadbir sekolah jika pertama kali)
Tukar kata laluan selepas log masuk kali pertama untuk keselamatan
Log masuk semula dengan kata laluan baru
Kemaskini Maklumat Pelajar oleh Guru Kelas
Guru kelas bertanggungjawab mengemaskini maklumat seperti:
Nama pelajar
Nombor MyKid / Kad Pengenalan
Kewarganegaraan, bangsa dan agama
Alamat terkini
Maklumat penjaga (nama, hubungan, pekerjaan, pendapatan, nombor telefon)
Rekod kesihatan asas
Semak & Rekod Kehadiran Pelajar
Jenis Kehadiran Direkod:
Hadir
Hadir lewat
Tidak hadir dengan sebab
Tidak hadir tanpa sebab
Guru boleh menggunakan komputer atau aplikasi mudah alih untuk merekod kehadiran.
Langkah Rekod Kehadiran:
Log masuk ke sistem
Klik menu Kehadiran Kelas Harian
Pilih tarikh dan pelajar
Tandakan status kehadiran
Klik Simpan
Lihat laporan kehadiran bulanan pelajar
Aplikasi Mudah Alih eKehadiran Murid
Untuk kemudahan, guru boleh menggunakan aplikasi mudah alih untuk merekod kehadiran pelajar secara terus dari telefon.
Login menggunakan ID dan kata laluan
Pilih tarikh dan murid
Pilih sebab ketidakhadiran jika murid tidak hadir
Klik Seterusnya dan Simpan
Sebab ketidakhadiran yang boleh dipilih:
Tanpa sebab
Cuti sakit
Bencana alam
Hal keluarga
Masalah peribadi
Penggantungan sekolah
Kemaskini & Urus Data Murid
Tambah atau Kemaskini Pelajar
Jika murid belum disenaraikan, guru boleh klik Daftar Murid Baru
Masukkan nombor IC atau sijil lahir
Lengkapkan butiran dan klik Kemaskini Maklumat
Padam Data Murid
Pilih murid dari senarai
Klik Padam dan pilih sebab
Sahkan tindakan anda
Tukar Guru Kelas
Jika berlaku pertukaran guru kelas, maklumat boleh dikemaskini melalui menu Pendaftaran Kelas
Hanya pentadbir sistem boleh membuat perubahan ini
Lupa Kata Laluan? Ini Cara Reset
Jika guru terlupa kata laluan:
Hubungi pentadbir sekolah
Pentadbir boleh menggunakan menu Pendaftaran Kelas > Reset Kata Laluan
Kata laluan akan ditetapkan semula
Nombor Sokongan APDM KPM
Sekiranya anda menghadapi masalah teknikal, hubungi saluran berikut:
BPSH (Putrajaya): 03-88849225 / apdm.team@moe.gov.my
JOHOR: 07-2371190 / saifullah.ahmad@moe.gov.my
KEDAH: 04-7745160 / kedah@moe.gov.my
KELANTAN: 09-7418112 / kelantan.ap.dm@moe.gov.my
MELAKA: 06-2327201 / apdm.melaka@moe.gov.my
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu APDM?
APDM ialah sistem data pelajar yang dibangunkan oleh KPM untuk menyimpan dan mengurus maklumat penting pelajar secara berpusat.
Bagaimana Semak Ralat Dalam APDM?
Log masuk ke sistem, periksa semula semua maklumat pelajar yang telah dimasukkan. Gunakan fungsi pencarian dan semak laporan pelajar untuk kenal pasti sebarang kesalahan.
Sistem Berkaitan: NILAM & DELIMA 2.0
AINS NILAM: Untuk rekod bacaan pelajar — https://ains.moe.gov.my
DELIMA KPM: Platform pembelajaran digital (termasuk tuntutan baucar buku & program pembelajaran atas talian)